Skip to main content

STRUKTUR ORGANISASI PPPK

Pn. Norhazlena Sabtu
Pengarah
Pn. Hayani Abu Yamin
Timbalan Pengarah Infostruktur ICT
Ts. Zainudin Salleh
Timbalan Pengarah Infrastruktur ICT
En. Hazril bin Abdul Wahab
Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan ICT

BAHAGIAN
INFOSTRUKTUR ICT

Bahagian Infostruktur ICT, PPPK berperanan sebagai pemacu transformasi digital universiti melalui perancangan, analisis, pembangunan, penambahbaikan, pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Maklumat Universiti (SMU) yang menyokong keperluan strategik pengurusan, akademik dan pentadbiran universiti secara menyeluruh.

Bahagian ini turut bertanggungjawab mengenal pasti, mengkaji serta membangunkan sistem, modul dan solusi digital baharu yang selaras dengan keperluan semasa dan hala tuju pendigitalan universiti bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, integrasi data serta pengalaman pengguna.

Selain itu, Bahagian Infostruktur ICT menerajui pembangunan, penyelarasan dan pemantauan laman web rasmi universiti serta PTj bagi memastikan penyampaian maklumat yang strategik, tepat, terkini dan berintegriti kepada warga universiti serta pihak berkepentingan. Pengurusan laman web turut dilaksanakan secara berpusat dan selaras dengan identiti korporat universiti, standard pengalaman pengguna (user experience), kebolehcapaian maklumat serta keperluan keselamatan digital.

Bahagian ini juga memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksanaan program dan operasi utama universiti melalui penyediaan sistem digital yang efisien dan berimpak tinggi antaranya sistem pengurusan Majlis Konvokesyen, Pendaftaran Pelajar Baharu, Pilihan Raya Kampus serta pelbagai platform digital lain yang menyokong kelancaran pengurusan dan penyampaian perkhidmatan universiti.

Keseluruhan pembangunan sistem dan perkhidmatan digital dilaksanakan berteraskan teknologi terkini, tadbir urus ICT yang mampan serta inovasi digital bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, mesra pengguna dan berimpak tinggi ke arah kecemerlangan akademik, pengurusan serta aspirasi universiti digital.

BAHAGIAN
INFRASTRUKTUR ICT

Peranan Bahagian Infrastruktur, PPPK adalah bertanggungjawab dalam melaksana dan menyelenggara rangkaian setempat, Internet dan Intranet universiti serta rangkaian luar kampus. Bahagian Infrastruktur bertanggungjawab dalam menyalurkan makluman sekiranya terdapat ancaman yang boleh menyebabkan gangguan terhadap keselamatan ICT dan pengoperasian serta pembelajaran di UTeM.

Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan penyelidikan dan pengujilarian perkakasan, gajet dan sistem operasi terbaru bagi memastikan pengalaman pengguna (end user experience) yang membawa peralatan sendiri Bring Your Own Device (BYOD) untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan kecekapan pentadbiran dapat dilaksanakan.

BAHAGIAN
PENGURUSAN PERKHIDMATAN ICT

Peranan Bahagian Pengurusan Perkhidmatan, PPPK adalah bertanggungjawab dalam membantu merancang perjalanan pembangunan dan penyelenggaraan sistem berjalan dengan lancar dan mempunyai dokuemn rujukan yang jelas dan tepat bagi tujuan rujukan dan semakan.

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan juga menyediakan kemudahan khidmat pelanggan dan memastikan semua sistem dan peralatan yang disediakan dapat digunakan sebaiknya oleh semua warga UTeM. Ia juga bertindak sebagai ‘front end’ kepada CIO.

Disamping itu juga, bahagian ini bertanggungjawab memastikan semua audit berjalan dengan lancar dan jayannya.

Bahagian ini juga menyediakan kemudahan khidmat pelanggan dan memastikan semua sistem dan peralatan yang disediakan dapat digunakan sebaiknya semua warga UTeM. Ia bertindak sebagai ‘front end’ kepada PPPK.

Disamping itu Bahagian Pengurusan Perkhidmatan bertanggungjawab memastikan semua audit berjalan dengan lancar dan jayannya.

BAHAGIAN SISTEM
INTEGRASI DAN INOVASI

  • Menyediakan dasar dan penyelesaian penyepaduan sistem aplikasi yang dibangunkan pihak luar atau pihak ketiga dengan aplikasi perdana UTeM.
  • Membangunkan rangka kerja (Framework) sistem integrasi.
  • Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan aplikasi gunaan bagi menyelesaikan masalah semasa dan akan datang secara holistik.
  • Menyediakan dasar sistem integrasi dan garis panduan sistem integrasi.
  • Membangunkan spesifikasi keperluan sistem integrasi.
  • Menyelidik, meneroka dan menyediakan penyelesaian teknikal daripada segi peningkatan dan penambahbaikan teknologi ke arah keberkesanan perkhidmatan.


© Pejabat Ketua Pegawai Digital, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.