Piagam Pelanggan
Kami warga Pejabat Ketua Pegawai Digital dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-
-
Berusaha memberi perkhidmatan yang mesra serta membantu menyelesaikan masalah pelanggan dalam kadar yang segera dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan semua PTj, staf, dan pelajar.
-
Menyediakan perkhidmatan rangkaian yang efisien, selamat dan boleh harap kepada semua pelanggan.
-
Menyediakan khidmat instalasi perisian berlesen dan sistem aplikasi yang telah diluluskan kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
-
Menyelenggara dan membaik pulih komputer dalam tempoh (3) hari bekerja bergantung kepada kesediaan alat ganti.
-
Memastikan kebolehcapaian Sistem Aplikasi Dalaman, Rangkaian dan Server lebih daripada 95%.
-
Menyediakan khidmat sokongan meja bantuan (help desk) yang cekap, berkesan dan mesra pengguna.
-
Sentiasa memberi sokongan teknikal dan pemantauan dalam menangani masalah atau aduan kepada sistem-sistem aplikasi agar sistem aplikasi dapat beroperasi dengan lancar.
-
Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan berkaitan sistem maklumat yang disediakan dalam 3 hari bekerja.
-
Memastikan pembangunan sistem maklumat mengikut keperluan pengguna (PTj) berdasarkan spesifikasi dan jadual pembangunan dan perlaksanaan yang dipersetujui bersama.
-
Merancang, menyedia dan menawarkan pelbagai kursus ICT kepada staf universiti.


