
SISTEM KOMUNIKASI UTeM (UC REVAMP)
BAHAGIAN 1: MAKLUMAT UMUM
UTeM Unified Communication (UC) ialah sistem komunikasi bersepadu berasaskan cloud yang menyatukan fungsi panggilan suara, pesanan segera, dan mesyuarat dalam talian. Ia menggantikan sistem lama on-premise IP-PBX bagi meningkatkan kecekapan komunikasi dalaman dan luaran universiti.
Perubahan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi digital universiti, dengan matlamat untuk:
- Mengurangkan kos penyelenggaraan dan kebergantungan pada peralatan fizikal
- Memudahkan pengurusan talian serta identiti pengguna.
- Menyokong keperluan kerja jarak jauh melalui panggilan dari mana-mana peranti.
Proses perubahan bermula Jun 2025 (fasa penyediaan dan agihan), diikuti:
- September 2025 – konfigurasi sistem baharu.
- November hingga Disember 2025 – operasi selari (nombor lama dan baharu aktif serentak).
- Januari 2026 – sistem baharu beroperasi sepenuhnya.
- Nombor talian universiti disusun semula.
- Jumlah talian berkurang daripada 3,110 ke 400 talian utama.
- Hotline universiti ditukar kepada nombor baharu.
- Staf boleh membuat dan menerima panggilan melalui PC, laptop, atau telefon bimbit.
Ya. Semasa tempoh peralihan (November hingga Disember 2025), kedua-dua nombor lama dan baharu akan berfungsi. Selepas 1 Januari 2026, hanya nombor baharu akan digunakan sepenuhnya.
Senarai nombor boleh diperoleh melalui:
- Laman web rasmi UTeM,
- Kod QR yang terdapat dalam poster edaran rasmi
- Emel notifikasi daripada Pejabat Ketua Pegawai Digital.
BAHAGIAN 2: PERANAN & TINDAKAN PTJ / PBU / FAKULTI
Setiap PTJ, PBU dan Fakulti perlu memastikan tindakan berikut dilaksanakan sebelum Januari 2026:
- Semak dan sahkan agihan talian yang telah ditentukan.
- Kemas kini semua bahan komunikasi rasmi, termasuk:
- laman web jabatan; dan
- bahan bercetak seperti surat, flyers, bahan promosi dan kad bisnes.
- Pastikan nombor baharu digunakan dalam semua bahan promosi dan rasmi.
- Maklumkan perubahan nombor kepada pihak berkaitan seperti agensi luar, rakan industri dan pelajar.
- Sediakan paparan maklumat nombor baharu di pintu masuk jabatan atau kaunter perkhidmatan.
Pentadbir jabatan bertanggungjawab untuk mengurus keseluruhan proses berkaitan sistem UC, termasuk:
- Mengurus borang agihan talian,
- Menyemak status pengguna, dan
- Bertindak sebagai penghubung utama antara jabatan dan Pejabat Ketua Pegawai Digital.
Pentadbir jabatan perlu memaklumkan kepada Pejabat Ketua Pegawai Digital untuk tujuan penyelarasan maklumat pengguna.
Nombor talian akan kekal di jabatan asal dan tidak dibawa bersama individu yang berpindah.
Ya, tetapi melalui akaun UC baharu. Kebenaran untuk panggilan luar akan dikekalkan berdasarkan tahap kelulusan jabatan sedia ada.
Ya. Pejabat Ketua Pegawai Digital akan menyediakan panduan penggunaan sistem dalam bentuk video dan manual bercetak. Panduan ini akan menerangkan langkah-langkah penggunaan, termasuk kaedah membuat dan menerima panggilan menggunakan komputer atau telefon bimbit.
BAHAGIAN 3: ISU TEKNIKAL & SOKONGAN
Panggilan boleh dibuat melalui:
- Web app pada PC/laptop.
- Aplikasi mudah alih UC yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store nanti.
Hubungi Pejabat Ketua Pegawai Digital:
📧
📞 06-270 1102
Gunakan sementara talian sedia ada, atau salurkan pertanyaan melalui emel rasmi jabatan masing-masing.
Ya. Sistem ini berasaskan Cloud Infrastructure dengan ciri keselamatan dan penyulitan (encryption) yang mematuhi standard antarabangsa ISO/IEC 27001.
- Komunikasi fleksibel – panggilan dari mana-mana peranti.
- Kos operasi dan penyelenggaraan berkurang.
- Tiada kebergantungan pada talian fizikal.
- Menyokong mobiliti staf dan kerja jarak jauh.
Pejabat Ketua Pegawai Digital mengetuai pelaksanaan dan penyelarasan sistem komunikasi baharu UTeM dengan kerjasama semua PTJ, PBU dan Fakulti.


