Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah di pilih sebagai Penerima Anugerah “Innovation in e-Payment (Education Sector)” bagi tahun 2020 di atas komitmen UTeM memperluaskan penggunaan e-pembayaran di dalam kampus secara keseluruhan.
MEEA atau Anugerah Malaysia e-Payments Excellence Award adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Payments Network Malaysia ("PayNet") bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang agensi-agensi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap kecemerlangan, inovasi dan pertumbuhan e-pembayaran di Malaysia.
Tahniah UTeM, tahniah CIO & Pengarah PPPK serta seluruh warga Pej CIO dan PPPK di atas kejayaan pelaksanaan inisiatif Cashless Campus di UTeM. Terima kasih kepada barisan urusetia dan semua JK yang telah bersama-sama menjayakannya.



