Skip to main content

Pembangunan DRC berpengkalan di CYBERJAYA

Pembangunan DRC baharu adalah bertujuan memastikan akses kepada infrastruktur dan infostruktur digital yang berpatutan, dipercayai, mampan, serta bersepadu. Pemilihan lokasi di Cyberjaya sebagai pusat data secara Co-Location adalah langkah strategik yang memenuhi piawaian industri dari segi keselamatan fizikal, kestabilan bekalan kuasa, dan ketersambungan rangkaian yang tinggi.

DRC baharu ini beroperasi sebagai Warm Site, membolehkan pemulihan perkhidmatan kritikal dilakukan dengan pantas sekiranya berlaku gangguan di pusat data utama.

Mekanisme replikasi data sistem yang komprehensif merangkumi:

  1. Database Replication/Distributed File Server
  2. VM Backup Copy & Storage Replication
  • Storage Snapshot untuk integriti data.

Dengan pembangunan DRC yang baharu ini, UTeM kini mempunyai ekosistem ICT yang berdaya tahan (resilient). Infrastruktur ini menjamin kelangsungan perkhidmatan digital universiti (seperti portal, aplikasi mudah alih, dan u-Learn) tanpa gangguan besar, sekaligus menyokong agenda transformasi digital pendidikan tinggi negara.

Tarikh projek siap: 24 September 2025



© Pejabat Ketua Pegawai Digital, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.