eScroll
Pelaksanaan eScroll merupakan transformasi digital dalam pengeluaran sijil dan transkrip akademik, dengan fokus kepada integriti dokumen dan keselamatan digital menggunakan teknologi QR kriptografi bagi mengelakkan pemalsuan.
Inisiatif ini telah dimulakan pada sesi Konvokesyen 2025, merangkumi pengeluaran Sijil dan Transkrip dalam bentuk digital dan fizikal. Sijil dan Transkrip fizikal dicetak menggunakan kertas keselamatan yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang kukuh merangkumi :
i. Kod QR Kriptografi Keselamatan Digital Seal
ii. Kod QR Kriptografi Keselamatan Digital Seal Garis Guilloche mencetak garisan berjalin berterusan yang bertindih antara satu sama lain.
iii. Watermark Digital unik “UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA” yang boleh dilihat dengan alat khas.
iv. Mikroteks digital yang boleh dilihat dengan pembesar berkuasa tinggi
Alumni boleh mengakses Sijil dan Transkrip digital melalui Portal Alumni UTeM. Pihak majikan atau pihak berkepentingan boleh membuat semakan dan pengesahan dokumen melalui aplikasi mudah alih atau portal web secara cepat dan selamat.
Pelaksanaan eScroll bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan dokumen akademik, malah memperkukuh tadbir urus digital universiti, meningkatkan keyakinan pemegang taruh, serta menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan dan integriti akademik secara menyeluruh.
Melalui pengadaptasian teknologi Kod QR Kriptografi Keselamatan Digital yang bertaraf global, UTeM terus utuh meletakkan tanda aras baharu dalam kecekapan perkhidmatan akademik. Inisiatif ini secara langsung memperkasakan jenama universiti dan meningkatkan tahap kepercayaan majikan di seluruh dunia terhadap graduan keluaran UTeM.
Dilaksanakan pada: 1-3 November 2025




