Skip to main content

Lantikan Semula Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

Tahniah kepada YBhg. Datuk Profesor Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin atas pelantikan semula beliau sebagai Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka berkuatkuasa 21 Mac 2025.

Sehubungan dengan pelantikan semula ini, seluruh warga (PTj/PBU/Persatuan) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan akan memberikan sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada YBhg. Datuk Naib Canselor untuk membolehkan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan demi kecemerlangan Universiti.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Jawatankuasa Pemilihan Naib Canselor di atas keprihatinan dan kerjasama dalam memastikan UTeM terus dipacu dengan jayanya.

Sekian. Terima kasih.



© Pejabat Ketua Pegawai Digital, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.