Pejabat Ketua Pegawai Digital telah menaiktaraf Portal i@UTeM yang telah dilancarkan pada 11 Januari 2025. Penaiktarafan ini merangkumi rekabentuk portal dengan rekabentuk antaramuka yang lebih moden, menarik dan segar serta turut mengambilkira ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.
Portal i@UTeM merupakan satu aplikasi single sign-on (SSO) yang disediakan kepada pengguna untuk mengakses ke Sistem Maklumat Universiti secara berpusat.
Semoga dengan penaiktarafan portal ini akan meningkatkan pengalaman pengguna dalam melayari dan menggunakan Sistem Maklumat Universiti dengan lebih cekap, mudah dan selesa.