Skip to main content

PENDAFTARAN APLIKASI MyDigital ID & MyHRMIS Mobile


Dimaklumkan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memperkasakan penggunaan MyDigital ID di mana semua agensi di bawahnya adalah digesa mengambil tindakan segera untuk melaksanakan pendaftaran MyDigital ID dan MyHRMIS Mobile.  

Sehubungan dengan itu, UTeM akan melaksanakan pendaftaran MyDigital ID dan MyHRMIS Mobile dengan kerjasama MIMOS Services Sdn. Bhd. yang akan membuka kaunter perkhidmatan bantuan seperti maklumat dalam Infografik di atas. 

Aplikasi MyDigital ID
  1. Muat turun Aplikasi MyDigital ID – rujuk pautan https://www.digital-id.my
  2. Daftar ID dan kata laluan (OTP akan diberikan melalui email). Pastikan KAD PENGENALAN bersama anda ketika pendaftaran.
  3. Ikuti langkah-langkah yang ditetapkan sehingga berjaya memperoleh ID Digital anda 
Aplikasi MyHRMIS Mobile (Untuk Staf berjawatan Tetap)
  1. Muat turun Aplikasi MyHRMIS Mobile versi 2.2.1 (Google Play Store/Apple Store/Huawei AppGallery)
  2. Log masuk kali pertama menggunakan kata laluan web portal HRMIS (sekiranya lupa kata laluan, sila layari laman web https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx )
  3. Log masuk Aplikasi MyHRMIS Mobile menggunakan MyDigitalID (PENTING untuk dikira sebagai pendaftaran lengkap sebelum 31 Januari 2025)
Jika pendaftaran MyDigitalID tidak dapat dilaksanakan (gagal), sila hadir ke kaunter MIMOS seperti yang telah dijadualkan.

Pertanyaan lanjut berkenaan pendaftaran:

MyDigitalID : Helpdesk Pejabat CDO 06-270 1101
MyHRMISMobile: Pejabat Pendaftar: 06-270 1935


© Pejabat Ketua Pegawai Digital, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.