Skip to main content

Lantikan Semula Ketua Pegawai Digital UTeM

Sukacita dimaklumkan bahawa merujuk kepada keputusan Universiti melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.10/2024 bertarikh 20 Disember 2024 bersetuju untuk melantik semula YBhg. Profesor Dr. Mohd Khanapi bin Abd Ghani sebagai Ketua Pegawai Digital UTeM bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Sehubungan dengan pelantikan ini, seluruh warga Universiti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan diharap dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada YBrs. Profesor untuk membolehkan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Digital dengan cekap dan berkesan demi kecemerlangan Universiti.



© Pejabat Ketua Pegawai Digital, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.